14 May 2011

Exam is COMING ~

Hello! Uhmm >< kejap dah nak mid-exam. Then terus exam akhir tahun, ishh. Tak suka betul, kan bagus kalau sekolah je tak payah exam. Dahlah, cikgu ST David suma taruh harapan tinggi. Mean aku diorang nak kelas aku dapat A lah, atas 70 lah. Macam-macam lah, kalau tak dapat tu matilah aku T.T Semua cikgu kata nak rotan, ada yang pakai pembaris lah. Ada yang nak pakai rotan buluhlah, tapi cikgu Science je ada hati sikit. Dia kata kalau kitorang fail, kena jalan itik 1 sekolah. Meannya kelas by kelas, walaupun memalukan tapi terpaksa sebab kena usaha sendirilah. Yang paling aku takut KH, perghh rotan dia besar gila-gila, kalau jatuh dekat tangan tu terseliuh tangan. Sekali dia libas, berapi tangan. Hehe, coz aku dah pernah kena sekali, bapak diaaa! Sakitlah, aku nak nangis time tu tapi cover kononya peluh. Budak lelaki pun mengerang kesakitan apatah lagi perempuan, aku fikir dia takkan rotan perempuan. Tapi dia tak peduli, kau perempuan ke or lelaki. Kalau lelaki, libasan dia tinggi sikit and mengigil tangan kau dibuatnya. Maybe perempuan dia bawah sikit, tapi menggeletar tangan aku. Waahh, aku tak nak sekolah St David. Cepatlah habis form1 aku nak STPM, dapat jumpa Azrin and ramai lagi kengkawan yang aku nak jumpa. St David tu ,Ya Allah tak tahu macam mana nak cakap. Sekolah korang Koperasi @ Kedai Buku photostat cara macam mane? Sekolah aku leceh gila-gila, kalau orang nak cepat tu jangan harap kau nak dapat. Ada ke patut, dia dengar pelajar cakap “ Auntie, saya nak potostat ”, dia melaung. Haha, tergamam aku kejap. Mana tak dia menjerit, dia kata “ Aiyoo, you lewatlah lain kali you hantar cepatlah and you tulis lah muka surat berapa, aiyoo you nie I sibuklah “. Semua pelajar jeling je dia, then bila beli pen kononnya dia nak test ada dakwat tak, dia colourkanlah macam kite nak test pen ada dakwat ke tak kan? Bukan main lama lagi, rupanya dia saje nak biarkan dakwat tu habis cepat nanti kitorang pergi kedai dia beli lagi, mak dia takde otak kahh? Ishh, aku memang feddup dengan Koperasi St David tu. Dahlah mahal nak mampus, Popular Tesco lagi murah lah ==’ taklah mahal macam dia tu. Ok2, nanti aku mengumpat tak berkat. Paii ^_______-
Sini aku tunjuk tangan aku kena rotan hari tu, berbekas lagi. pergh, sakit gila-gila. aku seriklah katakan :'( Then ibu jari aku ada darah beku, mak aii. Sakit lah derr ><' Kalau korang perasan, macam ada garisan merah. Kalau tak tak nampak takpe sebab tak jelaskan? Tapi kau perhatikah memang nampak -______-



MRS. GI KWANG

12 May 2011

Look this! O.O

Wei2, cuba tengok picture dekat bawah tu. Ada apa-apa yang mengejutkan korang tak? Uhmm tak? Kejap2, aku kasik zoom. Hehe ~
Tekan picture nie kalau nak jadikan dia GIANT!

Tak nampak jugak? Ala, bahagian Twitter tu ==’. Sinilah aku terus terang jelah. Sebenarnya Twitter punya Tweets dah lebihh. Kan 384 tu? Aku leka tengok blog, then edit tu edit nie. Kacau blog orang, tangan gatal nak tukar lagulah. Hehe, ok! Nak bagitahu tu je xD

MRS. GI KWANG

11 May 2011

Ehem-ehem (:

Hello2!

Uhm, hari tu ada 1 hari aku tidur lambat tu kan? 4 pagi tu kan? Esok pagi tu aku bangun, laptop aku tak boleh buka. Nak tahu kenapa? Suiz wayar lap aku terbakar T.T aduhh, macam-macam hal tau. So aku nak cari pengganti suiz tu, kalau takde pengganti matilah aku ,tak dapatlah tengok blog buruk aku nie. So akhirnya dah dapat :D Tukar topiklah. Ok2, rasanya sekejap dah nak akhir tahun 2011 kan kan? Tak lama lagi puasa, then raya. Semua orang dah tempah baju untuk raya, aku? Belum lagi,haha. Yelah mak aku baru nak pilih warna. Tahun lepas ala-ala merun, tahun ni tak tahu. Mak aku kata purple, sebab sebelum nie takde purple pun. 2 tahun lepas pakai warna apa ek? Hah, warna biru! So nak tukar lah, takkan sama je ==’ Haha, lol belum apa-apa lagi dah pikir pasal tu, tapi kan bila dengar raya je aku excited. Sebab dapat duit saya ^_- haha, dah menengah nie duit naik sikit haha. Well, aku memang mata duitan, tapi tahap rendah belum tahap tinggi lagi (: Ok2, nak buat homework. See you ~

MRS. GI KWANG

09 May 2011

Bad Day T.T

Nak citer nie, dengarlah. Hari Jumaat haritu, aku pecah rekod tidur pukul 4pagi semata-mata nak kemaskini blog. Bangun pagi bengkak mata aku, mula-mula target nak tidur pukul 10. Time tu tengok blog dah ok, then terpandang background comel lah, graphic cute lah, so tangan ni gatal sangat nak tukar. Bila mengadap laptop mata besar, bila time baca buku asyik nak tidur. Hehe, then edit lah blog tu masukkan graphic ke or tukar background. Pastu masukkan lagu, tetiba terbukak Youtube ternampak Gi Kwang. Wahh, apalagi tak jadi tidur tengok ah. Habistu dah syok tengok Youtube, sebab kelakarkan? Haha,aku tergelak sorang-sorang dalam pukul 12.00 tu kot ==’ Yang lain semua dah tidur, aku dekat dalam bilik ketawa sorang-sorang. Tak silap aku dalam pukul 11.30 ayah aku tutup wireless then dalam pukul 11.40 tu kononnya keluar bilik nak minum air lah. Aku bukaklah balik, abang aku tengah main dengan kucing kesayangan dia. Mak aku biasalah waktu macam tu mata tak boleh bukak, nasib baik aku tak ikut macam dia kalau tak memang tergantung blog aku. Aku masuk bilik balik buat blog, habistu ada budak nie tak tidur lagi dia on lah kan? Aku chat dengan dia kejaplah coz dia sibuk tengok Youtube. Tak habis-habis pasal Siwon ,tapi kali nie tak pasal Taemin pulak dia kata rindu Taemin. Aku tak ,hehe. Aku setia pada Gi Kwang seorang, walaupun banyak dalam list tapi Gi Kwang tetap di hati. Second Seungri and Lee Joon la, yang lain semua bawah-bawah. Ok, sambung balik. Time aku tengah tengok Youtube tetibe dekat luar bilik aku terang, rupanya abang aku nak tidur. Dia cari kucing dia yang hilang tu, selalunya kucing dia duduk depan bilik aku coz nak tidur sama tapi disebabkan aku dah leka layan blog so tak larat nak bukak pintu tuk dia *jangan marah eh*. Kejap lagi aku tengok dah gelap, hati nie nak keluar tengok dia dah tidur belum tapi malas. Internet aku nie ada mood dia, dalam pukul 2.00 – 4.00 petang lembab gila-gila, sakit hati aku so time tu kan aku free tapi tak berkesempatanlah nak on sebab internet biol. Mood yang baik waktu malam, dalam pukul 8.00 sampailah pagi balik. Ayah aku bukak wireless pukul 8.00 lepas habis citer Cinta Antara Kita p/s: If adalah, kalau takde citer tu dia tengoklah apa-apa yang patut. Then dia akan tutup dalam waktu 11.00 itu paling lewat ,kalau paling cepat 11.30.
Dalam pukul 3.30 aku tengah leka lagi, tengok Youtube ,layan Twitter and updates Blog. Sorrylah Facebook, aku takde masa nak layan lagi. Sometimes jelah, kalau rasa nak upload photos baru bukak Facebook  sebab dah bosanlah sekarang. Tengah syok-syok layan Youtube internet kena tutup, aku fikir blackout, kalau blackout dah lama kipas aku terpadam. Rupa-rupanya mak aku tutup wireless, aduhh ><’ sebab dia tengok jam dah pukul 3.45 dia anggap aku dah tidur, padahal besar mata anak dia nie. Huhu, aku nak bukak takut dia marah, kang dia mengamuk. Aku pun tidurlah, nasib baik sempat save blog yang aku edit tadi. Ok, tu je. Hehe, bubye ~ 

MRS. GI KWANG

08 May 2011

Gi Kwang (:

Ahh~ Comelnya, malu-malu kucing pulak :)


LOL xD Kesian Kwanghee diorang tak kasi dance, tapi Gi Kwang Oppa the best!!

Haha, comel je Gi Kwang nie!



MRS. GI KWANG

My Memories ♥

Teringat masa aku darjah 6, time akhir tahun. Itulah kenangan terindah bagi aku, sebab rapat dengan ehem....ehem.. hehe. Yang paling aku suka time dekat Bilik Boss ,wahh aku rasa itu kenangan yang tak boleh aku lupa. Setiap kali bukak FB tertengok muka dia, aku tergelak sebab gelagat dia time darjah 6 dekat sekolah dulu. Masa balik sekolah agama, aku selalu balik jalan kaki then kadang-kadang dia dengan cousin kesayangan dia ikut belakang. Bukan ikut apa, sebab rumah nenek dia depan tu je. So kitorang jalan sama haluan ah. Kadang-kadang kalau aku lambat, dia dah ada dekat depan. Kalau aku cepat dia duduk belakang aku and suka perli aku. Cakap aku suka Amsyarlah, tapi aku suka sebab dapat tengok senyuman dia bila aku marah dia! Ahh~ Aku tahu sekarang dia dah ada pengganti makwe dia dulu, entah sape nama dia. Aku lupalah, before aku suka dia. Ternyata dia suka Filzah, tapi aku tak marah sebab aku tahu Filzah takkan suka sesiapa, dia tu pelembut then peramah tak mungkin suka dekat orang yang tak tentu hala macam ehem...ehem aku. Lainlah Zairul tu, dikira sama taraflah tu. Ok2! Pupye ;)

MRS. GI KWANG

I Hate Sunday c(:

Uhm, dalam banyak-banyak hari, yang paling aku tak suka Ahad. Entahlah kenapa, tapi aku benci ahad, separuh orang suka sebab family dia keluarkan? Yelah, hujung minggu memang macam tu tapi aku tak macamtu. Aku tak suka, sebab... Ayah aku suka pergi Johor, Muar semata-mata nak pergi makan mee bandung Muar. Adushh >< dekat Melaka banyak mee bandung yang sedap-sedap, tak hairan pun. Tapi dah dia nak bawa, pergi jelah. Nanti kang merajuk *cehh*. Bila dalam kereta dia suka membebelkan? Cakaplah “ Mana kedai eh nak pergi? “ p/s : Macamlah banyak kedai kat Muar tu pilih yang terdekat jelah kankan?. Haha, kesian ayah aku cakap sorang-sorang. Mak aku dah tidur sama dengan aku, abang aku tu main game je dekat henset dia ,dia tu mana nak berbual dengan bapak dia. Dah tiba Muar, semua mengeliat macam jalan jauh sangat. Mata semua bengkak-bengkak lagi,haha sama dengan aku lah tapi cover sikit ^_____^. Best tu memang bestlah pergi Muar kan? Tapi entahlah buang masa, bukan apa hampir setiap minggu pergi Muar. 1 hari tu dia ajak, semua orang dalam rumah tu tidur je. Dia keluar pergi rumah kakak dia kononnya merajuklah tu :P.

Sampai je rumah pukul 5.00 then nak buat kemas buku, gosok baju *alasan je*, tapi selalunya aku kemas buku pagi-pagi. Dalam pukul 6.00 tu aku bangun terus kemas,ala nak pergi sekolah awal sangat nak buat apa? Bukan ada apa pun dekat sekolah tu, lainlah ada muka Gi Kwang ke, Eunjung ke memang sebelum subuh aku dah tatap sekolah tu. Suasana sekolah menengah and rendah memang jauh berbeza, kalau diberi pilihan aku nak SEKOLAH RENDAH!! Semua kengkawan dekat sekolah rendah sporting, walaupun sometime bergaduh tapi best apa. Hehe, macam aku bergaduh dengan budak perempuan tu. Haha berlagak action je aku time tu, kononnya time dia kata kitorang aku yang over jeling, padahal bila dia datang dekat aku jauh sikit. Yelah, time tu nak tunjuklah keberanian tu padahal takde pun. Uhm, rindu sesangat dekat geng2 aku terutama Azrin dia kawan baik aku selamanya, walaupun dia dah pindah sekolah lain and aku harap persahabatan kitorang takkan putus. Cimah pun sama, akulah ajar dia minat korea, hee takde lah dia belajar sendiri kitorang just discuss sikit-sikit je. Kalau ada hal penting pasal K-POP kitorang lah selalu kongsi sebab yang lain tak minat K-POP tapi diorang tak kisah. Asalkan aku tak lupa pelajaranlah ;) Oklah, daripada aku membebel tah apa-apa. GTG (: 



MRS. GI KWANG

This is Gi Kwang's Own!