Nak citer nie, dengarlah. Hari Jumaat haritu, aku pecah rekod tidur pukul 4pagi semata-mata nak kemaskini blog. Bangun pagi bengkak mata aku, mula-mula target nak tidur pukul 10. Time tu tengok blog dah ok, then terpandang background comel lah, graphic cute lah, so tangan ni gatal sangat nak tukar. Bila mengadap laptop mata besar, bila time baca buku asyik nak tidur. Hehe, then edit lah blog tu masukkan graphic ke or tukar background. Pastu masukkan lagu, tetiba terbukak Youtube ternampak Gi Kwang. Wahh, apalagi tak jadi tidur tengok ah. Habistu dah syok tengok Youtube, sebab kelakarkan? Haha,aku tergelak sorang-sorang dalam pukul 12.00 tu kot ==’ Yang lain semua dah tidur, aku dekat dalam bilik ketawa sorang-sorang. Tak silap aku dalam pukul 11.30 ayah aku tutup wireless then dalam pukul 11.40 tu kononnya keluar bilik nak minum air lah. Aku bukaklah balik, abang aku tengah main dengan kucing kesayangan dia. Mak aku biasalah waktu macam tu mata tak boleh bukak, nasib baik aku tak ikut macam dia kalau tak memang tergantung blog aku. Aku masuk bilik balik buat blog, habistu ada budak nie tak tidur lagi dia on lah kan? Aku chat dengan dia kejaplah coz dia sibuk tengok Youtube. Tak habis-habis pasal Siwon ,tapi kali nie tak pasal Taemin pulak dia kata rindu Taemin. Aku tak ,hehe. Aku setia pada Gi Kwang seorang, walaupun banyak dalam list tapi Gi Kwang tetap di hati. Second Seungri and Lee Joon la, yang lain semua bawah-bawah. Ok, sambung balik. Time aku tengah tengok Youtube tetibe dekat luar bilik aku terang, rupanya abang aku nak tidur. Dia cari kucing dia yang hilang tu, selalunya kucing dia duduk depan bilik aku coz nak tidur sama tapi disebabkan aku dah leka layan blog so tak larat nak bukak pintu tuk dia *jangan marah eh*. Kejap lagi aku tengok dah gelap, hati nie nak keluar tengok dia dah tidur belum tapi malas. Internet aku nie ada mood dia, dalam pukul 2.00 – 4.00 petang lembab gila-gila, sakit hati aku so time tu kan aku free tapi tak berkesempatanlah nak on sebab internet biol. Mood yang baik waktu malam, dalam pukul 8.00 sampailah pagi balik. Ayah aku bukak wireless pukul 8.00 lepas habis citer Cinta Antara Kita p/s: If adalah, kalau takde citer tu dia tengoklah apa-apa yang patut. Then dia akan tutup dalam waktu 11.00 itu paling lewat ,kalau paling cepat 11.30.
Dalam pukul 3.30 aku tengah leka lagi, tengok Youtube ,layan Twitter and updates Blog. Sorrylah Facebook, aku takde masa nak layan lagi. Sometimes jelah, kalau rasa nak upload photos baru bukak Facebook sebab dah bosanlah sekarang. Tengah syok-syok layan Youtube internet kena tutup, aku fikir blackout, kalau blackout dah lama kipas aku terpadam. Rupa-rupanya mak aku tutup wireless, aduhh ><’ sebab dia tengok jam dah pukul 3.45 dia anggap aku dah tidur, padahal besar mata anak dia nie. Huhu, aku nak bukak takut dia marah, kang dia mengamuk. Aku pun tidurlah, nasib baik sempat save blog yang aku edit tadi. Ok, tu je. Hehe, bubye ~


No comments:
Post a Comment