Uhm, tahun nie tahun paling malang bagi aku. Tak suka betul aku, sekolah ST David tu ketat sangat. So tahun depan aku nak pindah STPM ,kalau dapatlah. Dapat jumpa (syimah) and kawan-kawan lama lagi. Dekat ST David tak boleh minat Korean a.k.a K-POP nanti cikgu kat sana berceramah. Memang baik untuk kita, tapi setakat suka pun tak boleh. Dia kata kita memuja Korean, haha. Kalau aku memuja K-POP aku takkan reti baca Bismillah lah. Sorilah mulut aku memang macam ni kalau tengah geram, mana taknya. Haritu aku bawa file depan tu ada mini poster B2ST *sebab Gi Kwang aku ada*. Then, cikgu lalu sebelah aku pandang lain macam je mata dia tepat pada file tu, apalagi aku larilah masuk kelas. Tengok STPM tu boleh letak gambar dekat meja, kalau ST David jangan haraplah. Uhm, dahlah waktu rehat dia singkat. Mean aku macam tahlah peraturan over sangat, separuh sekolah mungkin lepas makan boleh pergi kedai buku @ koperasikan if nak beli something. Ni tak, kalau pukul 10.30 or 10.35 dah tak boleh beli apa-apa dekat kantin or koperasi , tak silap aku lah. Sebab aku time turun kantin malas nak tengok jam sakit hati je, so bila prefect tahan je selamba ah. Tahlah aku nak je tendang pengawas tu tapi nanti maksud kad kuning terus gantung sekolah atau buang sekolah terus. Grr~ Rasanya tak sabar nak pindah STPM, parents aku suruh angkat borang nak mohon STPM, so harap-harap dapatlah masuk kankan?
Sekolah tu 1 je kelebihan dia ,ada cina so boleh belajar cina dari dia. Sekolah ST David tu 1MALAYSIA, hehe. Tak baik aku nie, tak lama lagi ST David akan jadi bekas sekolah aku. Yeay!! STPM I’m coming! Tapi STPM lak balik lambat 2.40 kalau ST David 2.00. Uhm, takpe2 asalkan aku dapat keluar dari ST David. Kawan-kawan aku Amirah & Zahirah pun nak pindah sekolah. Diorang kata sekolah tu macam suka kawal pelajar, ada ke patut pengetua tak kasi pelajar lelaki main bola sepak. Dia kata dia tak suka tengok diorang main bola sepak, kalau nak main pun main macam past past gitulah. Haha, apalagi naik angin budak lelaki, macam gempa bumi jadinya kelas aku tu. Dahlah kelas aku tu pelajar lelaki macam berok (sori eh ,jangan marah) then mulut suma macam mulut murai, Ya Allah kalau diorang cakap laju je. Sampai cikgu pun tension, tapi dah terlepas cakap apa nak dikatakan. Ok, GTG (:
No comments:
Post a Comment